assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

27 August 2013

Chibby is back ! Hee xD

Assalamualaikum !

Ya Allah , dah lamanya tinggalkan blog neh . Al maklum lah busy *lah sangat . Sebenarnya malas nak typing dah . Hehehe . Kesian dah berhabuk ya dia . Alololo . Hahaha . Okay lah , kita continue story k . Setiap hari aku lalui hidup neh dengan hari hari yang hambar . Sebab takda apa yang special pun .

Tentang study aku , now aku sudah di semester 4 . Dah habis pun now tengah cuti sem . Lepas tu naik sem 5 . Ada 2 sem lagi aku nak tempuh . Sem 7 pergi Industrial Training . Fuhh , memang cepat masa berlalu . Next year , jika di panjangkan umur sudah berusia 20 tahun . Dah tak remaja lagi :( Hukhukhuk , sudah meningkat menjadi pra-dewasa . Bila dah makin meningkat dewasa , perangai and kelakuan kena lah macam orang dewasa tak boleh gila gila sangat . Then bila dah masuk dalam dunia 'BEAUTY' tak boleh lah selekeh . Kena lah jadi feminin sikit . Yaaaa , tu yang buat aku rungsing , rimas and lemas . Nak menangis pun ada . Sebab aku neh jenis brutal . Suka bert-shirt , jeans and selipar . Kita dah biasa kan . Hmm , kena pelan pelan lah bertukar . Bukan hypocrite ke apa , bila kita dah terjun dalam bidang tu , memang kena berubah untuk masa depan and kerjaya kita lah kan . Suka or tak , tu yang kita minatkan , kita kena lah berubah .

Nak story best moment aku untuk tahun neh , persahabatan antara aku and Firdaus dah mencecah setahun . Haa , ingat orang couple , kawin ja boleh buat annversary , friendship pun boleh kan . Hehehe .
-Time neh 21 April tarikh kami berkenalan last year :) dia datang rumah untuk celebrate anniversary kitorang :)-
Hope friendship kami kekal sampai bila bila , tak kira lah masing masing dah ada pasangan sendiri satu hari nanti , yang penting kita kawan kan :)

Okay next ! Hahaha . Macam banyak sangat story nak cerita punnn . Okay lah , emm sejak aku menggunakan wechat . *Ketinggalan zaman . Alaaa , pakai phone murah ja kot . Hahaha . Aku banyak lah 'terkenal' *tak sengaja lah . Dengan budak-II area Ipoh neh . Aku sebenarnya tak suka tapi nak buat macam mana , so aku neh saja nak tipu dok jauh tapi rasa tak sampai hati nak tipu *bajet baik . Aku pun kenal lah dengan 2 3 orang and dah jumpa pun . Aku takut jugak sebab aku neh kan gemuk so keyakinan diri takda . Tulah sebab aku tak suka kawan dengan budak area Ipoh nehh . Bila dekat nak jumpa , then dah jumpa taknak kawan . Aku lagi selesa kawan dengan orang tu jauh tak payah jumpa , tak pun orang tu memang nak kawan dengan aku dia terjumpa or nampak aku kat mana mana so dia dah tau fizikal aku tu macam mana kan . Takda lah rasa sakit hati neh . Alhamdulillah 2 3 orang neh boleh terima fizikal aku . So aku ada lah jugak kawan lelaki kat Ipoh neh kan . Bukan aku taknak kawan dengan perempuan cukup lah kawan sekolah aku dulu . Kawan kat college tu actually tak berguna sangat . Seriously , aku tak boleh masuk dengan dorang .

Pasal raya pulak . Raya aku macam tahun tahun sebelum . Tak meriah mana , memang bersederhana tiap tahun . Tambah-II orang-II yang aku sayang dah tak berapa rapat , arwah cousin pun dah takda . So makin hambar lah raya kan . Tapi hari raya kan kena lah happy happy jugak . Baju raya tahun neh 2 pasang . 1 baju kurung biasa berwarna hijau pokok pisang kot . Hahaha . Then 1 lagi macam jubah tak pun drees . *Tulah aku pakai tshirt ja mana tau baju tu apa jenis . Hahaha . Yang tu warna macam purple . Dapat kasut jenis mary jane *Tu pun aku search , Hahaha . 2 pasang . Aku dah brutal takda lah nak pakai heels tinggi-II tu . Hahaha . Tapiiiii , aku tak pakai pun baju raya . Aku pakai t-shirt ja . Hahaha , teruk betul .

Okay lah , story aku sampai sini saja lah . Nanti kalau aku rajin , InshaaAllah aku akan updated lagi . Btw , tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yang mengenali chibby :) Byee guys <3

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)