assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

20 December 2011

sekejap rasanya masa berlalu :)

Assalamualaikum !


aku bakal melangkah ke alam baru . bukan budak sekolah dah . happy ada , sedih ada . tapi ini dunia , semua orang akan melalui benda yang sama kan :) bulan 3 next year dah 18 . masih belas-2 lagi . hee :D dah tu nak pergi PLKN . arghhhh ! tak suka . yela maybe sekarang tak suka , dah pergi taknak balik pulak . HAHA . rasa berat nak pergi bukan apa , aku ney tak biasa bercampur . selalu duduk rumah ja . bukan mak bapak tak kasi keluar tapi tak suka lah . tak tahu kenapa . aku rasa rumah lagi best . rumah tu kan syurga , HAHA ! esok kat sana kena campur dengan lelaki . bukan tak pernah , tapi jarang . kawan lelaki yang aku yang pernah face to face , bertepuk tampar pun tak ramai . tak sampai 20 orang . yang lain semua dalam phone , facebook semua . haa ~ dah tu ada boyfriend semua jauh-2 . jarang date . yang date selalu pun dengan ex aku AK tu . haa , HAHA ! tu ja lah . takut lah takut . aduhh ! seksa rasa . hmm ~ then lepas dapat result nak continue study dalam bidang persolekan . bapak aku kata takda bidang lain ke aku minat . nak buat macam mana , aku love beauty ney . kalau aku tak jadikan beautician tu sebagai kerja tetap aku , aku nak ringankan badan ney then nak kerja kastam or JPJ . amacam ? hee :D tak pun aku pergi khusus memasak , aku buka kedai cupcake . ha , okay kan ? macam-2 boleh buat sebenarnya . yang aku tak puas hati sekarang , aku nak ambik lesen kereta . jelly sangat member aku dah ambik . bengang-3 ! aku harap cepat-2 lah ambik . nak bagi biasa , supaya dah ada kenderaan sendiri nanti dah boleh bawa , tak payah susahkan orang lain . tu ja . aku pun nak pencen naik bus pergi mana-2 . HAHA ! aku dah set dalam otak mana aku nak pergi lepas ney . tak perlu nak fikir-2 lagi . macam-2 aku nak buat nanti . semoga Allah mempermudahkan jalan aku . now tengah cari kerja tapi , taktahu nak kerja apa . memang payah nak cari kerja sekarang kan . sabar ja lah . ha , ney lagi beberapa hari ja nak berganjak ke tahun baru 2012 kan . sebelum nak masuk tahun baru ney ada ja perubahan . bukan perubahan yang mengembirakan tapi yang menyakitkan . entah lah , ney ke yang aku dapat lepas habs sekolah . mentang-2 lepas ney jarang dah nak jumpa , semua buat perangai tak matang kan ? good , go on okay :) okay lah , sampai sini ja lah entry aku . kang panjang-2 korang bukan nak baca sangat . hee :D



notes !
btw guys , 18 december haritu aku dah tak single dah . wee ~ DEDI CANRA , nama yang unik kan . muncul dalam hidup aku . nanti aku update story pasal dia okay . tata !

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

05 December 2011

Selamat Tinggal Sekolah . Selamat Tinggal TCS :(

Assalamualaikum !



hari ney last paper untuk SPM iaitu paper Kesusasteraan Melayu . hari ini juga tamat lah status aku sebagai PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TARCISIAN CONVENT IPOH . hari ini juga hari terakhir aku memakai baju sekolah berkain biru laut , tudung ustazah HAHA and kasut sekolah indie ku . hee ~ ouh ! cepatnya masa berlalu . aku rasa macam baru semalam aku masuk form 5 , baru semalam aku bergurau senda dengan teman-2 seperjuangan , baru semalam bersama-2 di dalam class dengan guru-2 yang tak pernah putus asa mengajar aku dan rakan-2 :) aku bukan lagi 'BUDAK SEKOLAH' yang comot and comel . HAHA . aku pasti akan merindui saat-2 manis bersama sahabat-2 dan guru . dan juga saat-2 pahit sekelas dengan SUNDAL-2 jahanam tu ! aku juga akan merindui perkara-2 yang berlaku sepanjang 11 tahun aku bersekolah . antara perkara-2 tu ialah
 mestilah jejak kawasan sekolah and certain tempat , haha . mana lah tahu lepas ambik result SPM nanti dah tak jejak sekolah tu kan . betul tak betul tak . hee ~ tempat tempat tu mestilah
- ponteng class masuk tandas bising bising .
- tidur dalam lab tambah kalau cikgu tak bukak lampu and giliran duduk meja belakang
- time rehat pergi duduk library sorang sorang baca buku
- masak/sembunyi kat bilik ERT
- sembunyi kat bilik seni , lepak kat tangga bersambung dengan bilik ERT .
- rehat/habiskan masa bersembang kat badminton court sambil ikat kasut *sebab dekat surau*


dalam class
- Akan rindu bila cikgu mengajar bagi ilmu
- Cikgu marah
- Cikgu puji
- Kena berdiri sebab tak dapat jawab soalan
- Kena lari kat padang semua 1 class sebab tak bawa bahan yang cikgu suruh
- Buat lawak apa yang cikgu ajar
- Kenakan cikgu
- Kacau member yang kuat latah
- Buli member : tarik tudung , sorok kasut kalau p surau , stapler bag , terajang kerusi orang depan
- Nyanyi dalam class
- Kongsi masalah especially dengan member sebelah meja
- Dodoikan member
- Cari pasal dengan musuh dalam class : menyindir , gaduh mulut , mengadu kat cikgu or prefect kalau musuh bawa barang terlarang .
- Campak air dari atas kebawah
- Jerit kat orang yang tak kenal kat bawah luar sekolah
- Buang sampah atas bumbung *kalau class atas*
- Masa form 5 cikgu bagi kertas suruh buat soalan ecspecially perdagangan bila nak bagi balik mesti tulis nama lain , selena gomez lah , orang gaji marimar lah , justin bibir lah . bila cikgu nak bagi balik mula lah bising cikgu tu , kami gelakk ja .

Lain lain
- Kat canteen siap ada meja special sebelah meja cikgu , budakk hotttt lah katakan , puihhhh !
- Rindu ada spotcheck kat sekolah , masa tu mula lah kelam kabut , muka pucat , ingat balik ada tak bawa benda terlarang .
- Ingat masa form 2 pernah di denda jadi monitor class selama 2 minggu . tak heran , boleh handle dengan baik tau ! HAHA !
- Rindu keluar class tanpa pass , kena tahan dengan PK HEM , mama LIM ! tapi dia pun dah retired .
- Bila member tak datang , text tanya kenapa tak datang , boring kau takda lah , sunyi lah . hee , loveyoufriendsss !
- Masa form 4 tak silap time oral english kena present individu and sebab aku nak jadi beautician aku kena makeupkan orang and Pengetua pun datang tengok hihihi . 


denda
-kalau datang lambat kena lari padang or kutip sampah . euwww ~ berpeluh basah lah tiak HAHA !
 -setiap isnin kena nyanyi lagu negaraku , lagu negeri and lagu sekolah .
 -baca buku kat dewan tiap pagi
 -kena denda tak bawa buku nota , buku peraturan , buku cerita , tak potong kuku , tak pakai kain dalam , tak pakai singlet 
-berjalan dalam barisan dengan di kiri kanan ada pengawas kelam tahap dewa . naik tangga kena senyap and dalam 1 barisan . dalam class di jaga oleh prefect yang annoying gila !

 fuhhh ! banyak lagi kenangan manis and pahit kat sekolah . nak story kat sini sampai tahun depan pun tak habis , HAHA ! kenangan ney tak boleh banding dengan kenangan dengan boyfriend tau , ney lagi sweettttt sangat <3 sekolah banyak mengajar erti kehidupan dan tempat menuntut ilmu yang paling bermakna yang kita takkan dapat bila kita dah masuk alam lain . semuanya sekali dalam hidup ja tau ! oleh itu siapa yang tak habis sekolah lagi , nikmatilah alam persekolahan dengan sebaiknya ! iloveTARCISIANCONVENTSCHOOL !


terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Daisypath Anniversary tickers
copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)