assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

22 November 2014

NO TITLE PART II (!)

Hiii ..
Hm . Aku betul2 tak tahu apa yang aku rasa sekarang just perasaan aku or sebaliknya . Aku sedih sangat2 . Aku rasa yang kau dah bosan dengan aku . Aku rasa aku dah faham kau cukup dah . Even kadang2 aku rasa susah , payah , tak boleh faham . Tapi aku cuba , aku push diri aku . Takkan sebab aku senyap , aku tak pernah banyak soal kau layan aku macam nak taknak ja ? Kalau dah bosan dengan aku , bagitau pada aku . Supaya aku boleh pergi , tak perlu lagi aku menahan sakit . Tak perlu lagi aku menunggu . Tak perlu lagi aku terus mengharap . Aku redha kalau kau rasa dah takda pentingnya aku dalam hidup kau . Ini bukan bermakna aku mengalah . Ini kerana , mungkin kau yang mahukan sebegini sebenarnya .
Masih ada lagi yang tak mencukupi ke ? Apa lagi yang aku tak berikan pada kau ? Kau bagitau lah pada aku . Kasih sayang dah aku berikan secukupnya . Aku terima kau seadanya , aku terima kekurangan kau , aku tak memilih rupa paras kau . Dan aku rasa kau yang paling terbaik , sederhana yang pernah aku jumpa . Memahami kau . Apa yang aku tak faham lagi ? Study kau , hobi kau . Even kau nak layan movie pun aku taknak ganggu kau . Aku sendiri yang taknak even kau tak pernah kata aku mengganggu . Pasal hubungan kita , aku faham malah aku hormat apa yang kau nak sampai aku buat satu keputusan sebab aku taknak kau susah sebab ada aku neh . Aku korbankan angan2 aku nakkan hubungan macam perempuan2 lain sebab apa ? Sebab aku sayang kau , aku faham kau , aku taknak hilang kau .
Tapi kalau kau sendiri yang dah bosan apa yang aku boleh buat ? Takkan aku nak merayu , mintak kau pura2 tak bosan dengan aku ? Aku nak menangis sepuas puasnya , aku nak lepaskan semua tapi air mata hanya bertakung dan taknak jatuh2 . Aku rasa terseksa sangat2 sekarang . Kalau ini just perasaan aku , aku harap kau maafkan aku . Aku just luah apa yang aku rasa bila kau macam nak taknak melayan aku sekarang . Hmm . Mungkin ini ujian Allah buat kita berdua . Aku taknak aku sorang ja yang usaha untuk pergi lebih jauh , Aku betul2 sayang kan kau and nak hidup dengan kau , jaga kau sampai akhir hayat aku . Aku sebak di bulan ke 7 monthsary kita , aku tak sangka aku boleh jaga hubungan yang serious neh for the 1st time bersama dengan kau . Kalau aku salah , terangkan pada aku supaya aku tak terus salah faham , fikir kau yang bukan2 . Aku teruskan bersabar bila aku rasa macam neh tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh bersabar , aku harap aku terus kuat nak melawan perasaan2 jahat . Aku tahu ujian ini akan berterusan . Aku berdoa supaya hubungan neh kekal selamanya . Happy 7 monthsary and hopefully still counting MAR's . I love you so much :')

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

20 November 2014

Daripada Hawa untuk Adam : Keresahan .

Apabila sudah berpasangan/berkahwin kita semestinya akan melayan lelaki yang kita sayangi sebaik mungkin .
Menjaga hatinya supaya sikit pun tidak tercalar .
Melayan setiap kerenah manja dan mengadanya .
Mendengar setiap keluhan dan masalahnya tanpa jemu .
Menatap matanya serta wajahnya bila dia berbicara .
Menyentuh dan membelai dia dengan lembut .
Kita tahu setiap apa yang kita lakukan pasti Adam menyukainya kerana lelaki ini perlukan layanan sebegini . Tetapi pernahkah kita terfikir andainya suatu hari nanti apa yang kita lakukan pada Adam sikit pun tidak lagi dia endahkan ?
Tidak lagi melayan Hawa dengan mesra .
Tidak lagi mendengar gelak tawanya .
Tidak lagi mahu berkongsi masalahnya , menasihati/menegur kesalahan serta meluahkan rasa sayangnya pada kita .
Tidak lagi mahu memandang wajah wanita yang hadir untuk bersama/hidup dengannya tidak kira disaat susah senangnya , menepis tangan yang selalu membelai tubuh gagahnya tidak kira sakit sihatnya , yang mendakap lengannya untuk memujuk rajuk lelakinya , yang merengek manja sambil menarik2 tubuh badan Adam untuk di manjai pula .
Pada masa tu apa yang perlu Hawa lakukan ?
Dimanakah kesilapan kita ?
Apa masih kurangkah layanan dan kasih sayang kita pada Adam ?
Merajukkah Adam ?
Rasa terabaikah Adam ?
Bosankah Adam ?
Adakah kita tidak lagi ada dihatinya ?
Itulah yang paling ditakuti .
Sayang .. Jangan pernah berubah , maaf kerana aku tidak sempurna .
2 Sept 2014 - 5:34pm
edited | 20 Nov 2014 - 2:10am

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

13 November 2014

NO TITLE (!)

hi ..
actually tak tahu nak mulakan macam mana . tapi rasa macam tak sesuai nak cerita kat sini . taknak sakitkan hati orang . so biar lah yang nak diceritakan tu terpendam , tersimpan dalam hati neh . mohon hati neh bersabar . bukan senang nak menjaga sesebuah hubungan . adakala nya masalah tu bukan lah berpunca dari orang lain tapi berpunca daripada diri kita sendiri . sedih sebab makin lama masalah yang datang dari kita tu , buat kita rasa jauh hati pulak . dan kalau takda lah kesabaran dalam diri neh agaknya takkan sampai ke tahap macam neh . harapnya jangan lah salah faham , taknak berkongsi tak bermakna tak penting . cuma taknak nanti masalah bertambah besar and berpisah . terlalu sayangkan hubungan neh . hm okay lepas neh nak buat apa buat lah . nak layan macam mana layan lah . tapi satu ja . jangan pernah ada yang lain :'(


terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

15 September 2014

Dia yang Aku Sayang ♥

Assalamualaikum !
Haa ? Siapakah insan yang aku sayang tu ? Hee , jeng jeng jeng .. Mestilah orang yang sama pada entry lepas :)
A R ♡
Syukur Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk bersama dengan si dia . Lagi beberapa hari cukup lah 5 bulan kami bersama . Dan hari ini dia dah terbang pulang ke Jordan untuk sambung pengajian dia . Tak puas rasanya berjumpa dengan si dia bila ada kesempatan time si dia balik cuti sebelum ni :( Even dah spend time kat Penang sampai 2 kali pun rasa tak puas lagi . Maybe sebab kami masih baru . Rasa nak selalu bersama ja . Berjumpa , tatap wajah masing2 . Bercerita , berkongsi bermacam perkara . Bila dengan si dia selalu ja bergelak ketawa , beremosi , bertengkar , bermasam muka tentang perkara yang remeh , saling pujuk memujuk dan sebagainya :) For the 1st time aku rasa semua ni . Terlalu bahagia , berbunga-bunga hati ni . Time dulu2 tak sempat rasa pun . Yela sebulan lebih ja bertahan . Dah dah dah taknak ingat yang lepas . Buang buang buang , pijak pijak pijak ! Hehehe .
Jadi bila si dia nak pulang ke sana rasa payah , perit , pedih nak lepaskan si dia even still boleh contact dengan si dia . Kali ni akan ku rasa betul2 punya LDR . Hambek kauuu .. Hm , ya memang kami pernah berjauhan sebelum ni , cuma rasa yang sebelum ni tak sama macam sekarang . Sekarang penuh rindu , penuh rasa sayang , hukhukhuk .
Bila si dia dah balik sana mesti aku akan rindukan senyuman si dia , gelak tawa si dia , gurauan si dia , usikan si dia , bau si dia , sentuhan si dia .. dan segalanya tentang si dia :') Aku nak tengok si dia di depan mata aku lagi , bukan sekali bukan dua kali tapi selama-lamanya . Semoga kita bertemu lagi .


Sayangs ..
Jaga diri baik2 tau kat sana .
Jaga kesihatan .
Study sungguh2 , bagi mak ayah bangga .
Makan banyak2 biar peyot comel tu always nampak munchet .



Sayangs ..
Kite sentiasa akan faham keadaan sayangs ..
Kalau sayangs takda banyak masa untuk kite sikit pun jadi lah yea ..
Kalau sayangs takda masa untuk kite langsung pun takpa , jersey and perfume akan jadi peneman . plus gambar2 comel sayangs tu pun ada .. its okay :)
Asalkan sayangs ingat kite .. :')



Sayangs ..
Kite tunggu sayangs kat Malaysia ni .
Kite tunggu sayangs balik .
Tak kira 2 tahun ke 5 tahun ke 10 tahun sekalipun kite sanggup tunggu asalkan sayangs masih ingat , masih sayang pada kite .



Sayangs ..
Don’t worry about me , I will be waiting right here for the day when you come back and lift me up in your arms .


                                                                                                                                                                                              Little Princess
                                                                                                                                                                                                      S.H♥
I Love You 

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

10 August 2014

he ♥

A.R

Aku biar otak aku fikir pasal dia .
Aku biar diri aku dekat dengan dia .
Aku biar jiwa aku rindu pada dia .
Aku biar hati aku sayang dia .
Betulkah apa yang aku lakukan ini ?

Ya , seorang lelaki yang hanya aku kenali kat fake twitter aku . Mula-2 aku just nak hilangkan bosan , then aku tanyalah ada sapa-2 nak jadi skandal aku tak ? Yela dah lama single lepas tu dah lama tak berscandal neh . Dulu masa sekolah rajin lah . Dia pun mention aku and meng-offer-kan diri dia . Ada jugak aku ambik orang lain jadi scandal aku masa tu . So dengan dia neh pun aku bersetuju . Pada mulanya biasalah , susah nak percayakan seseorang *dan last-2 aku terpedaya jugak* aku kurang lah melayan dia . Tapi tak lama lepas tu , aku cuba kenal lagi dengan dia , dia share story dengan aku , kami sembang macam-2 benda , kami tukar-2 gambar . Ya , lepas ja hantar gambar kat someone mesti aku rasa takut . Takut apa ? Takut tak lagi di layan selepas tu . Tapi tak .. Makin lama aku lebih rapat  dengan dia beberapa minggu sebelum dia pulang ke tanah air , and aku dah rasa selesa berbual dengannya di whatsapp tu .


Lepas dia pulang ke Malaysia dalam seminggu kami buat keputusan untuk berjumpa . Aku pun tak sangka 'scandal' aku ni Ipoh jugak . Just study ja jauh sangat . So kami pun berjumpa . Aku pun macam biasa lah "confirm-confirm lepas ni hilanglah mamat ni" tapi tak . Dia masih ada sehingga saat aku menaip entry ini . Hilang macam chipsmore pun tak . Setiap hari kami berhubung , ada masa kami berjumpa . So makin hari hidup aku makin berubah . Aku kurang layan scandal-2 lain , lelaki-2 lain . Aku mula sayang kat dia . Sebenarnya kami saling menyayangi satu sama lain . Hm , aku taknak lebih-2 yela setakat scandal ja . Tapi perasaan yang wujud neh bukan aku sorang ja yang rasa . Dia pun sama . Maknanya aku ni tak bertepuk sebelah tangan . Emm tapi aku tak tahu lah status tu dah bertukar atau belum . Even belum pun or takkan bertukar pun aku bersyukur kali ini ALLAH beri aku peluang untuk bahagia . Saat aku menaip ini juga , hubungan kami dah masuk 3 bulan 20 hari .


YA ALLAH , andainya dia datang untuk sementara peliharalah hati ini supaya tidak terlalu menyayangi dia . YA ALLAH , jika dia datang kerana akulah rusuk kirinya , maka peliharalah hati ini supaya menyayangi dia seorang . Berikan kami kekuatan untuk pelihara hubungan ini , jika dia bukan jodohku buangkan lah perasaan yang ada pada kami supaya kami tidak menyakiti satu sama lain dan menyeksa hati kami sendiri .

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

15 January 2014

Hello 2014 :)

Assalamualaikum !

Hi guys , emm lama betul lah tak meng-update blog nehh . Salah satu sebab takda story best sebab tu tak bukak . Hehehe . Btw rasanya tak terlambat nak wish HAPPY NEW YEAR 2014 :) Dah lebih 3 tahun usia blog neh pun :) Single pun dah lama jugak . Hehehe . About my studies , emm now baru lepas final . In shaa Allah bukak sem baru dah berada di sem 6 . Alhamdulillah :) Haaaa taktau lah story pasal apa . Life neh tak menarik lahh . Tengok life orang lain syok ja . Kenapa eyh ? Huhuhu . Usia pun bakal berganjak ke 20an , tu yang tak percaya tuuuu . Rasa macam baru semalam habis sekolah tauuuu :( Cepat betul masa berlalu . Lagi 10 tahun dah masuk 30an . Uwaaarghhh ~ Kuat ke aku nak hadapi masa hadapan ? Masuk alam pekerjaan and perkahwinan ? Hmm hmm . Mintak2 aku kuat untuk hadapi semua tu . Aminnnn :)

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Daisypath Anniversary tickers
copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)