assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

24 April 2011

Semua bermula di Facebook .

Bila chatting hey situ , hey sini . berkenalan dengan lebih mendalam . tanya khabar , sihat ke tidak ? agak agak keadaan dah selesa , mula la teringat , rindu and tak sabar nak buka FB .
Hari hari chat dengan dia je . Dia la start tegur dulu . tak pun, kita yang start tegur dulu . Pastu mula tukar tukar phone number . Kadang tu first chat da minta or dapat number . I call you , you call I .
Tu la FB .

Pastu bila dah knal dua tiga hari . jom ym , on ym , on webcam . chatting sambil webcam . yang tak boleh tahan , pakai background "LOVE" . bila buzz ~ . ada la kiss yang menyinggah . sweetkan . mata yang mengantuk pun , terjegil semula . saat tu bahagia sangat . pastu mula la terselit kat dalam hati . aku harap dia ney la yang akan menjadi cinta terakhir & cinta sjati aku . pastu dia mula la ambil berat kat kita .

SEMUA NYA MULA di FB .

Pastu dah lama chatting n berwebcam . mula la , jom jumpa weekend nie . waaaaa . . hati ney berbunga bagai la , memang tak sabar la nak pergi jumpa . buat persediaan macam macam . yela nak pergi jumpa orang yang selalu berFB . malam sebelum pergi jumpa tu . dah siap apa nak di pakai untuk first date . dunia dunia . perasaan tak sabar tu , tak yah cakap la .

Bila jumpa esok , everything maybe change , maybe not . mula mula cam segan nak sembang . pastu ok la . pastu pergi jalan jalan . sambil jalan , sembang sembang . pastu mula la soal selidik sedikit demi sedikit . keluar la macam macam soalan . berapa kali pernah couple la , bila last couple . lepas sembang2 . pergi makan . dah kenyang ajak tengok wayang . pastu dah petang2 sikit , pergi lepak kat taman sekali lagi . kali ney duduk satu tempat je la . habiskan masa sebelum masing2 balik . hati ney bercampur baur . macam2 la kat fikiran ney . kita rasa seronok je , tapi dia , kita tak tahu .

Sampai tempat kita , benda yang amat digeruni dah mula terasa . dia senyap je . kita texting , balas sepatah . kita call asyik tak jawab . mula2 tu okay lagi lah . hari demi hari makin pelik . kat fb pun jarang tegur kita . nak webcam ke , chat ym ke . haram sekali . tak lama lepas tu , mula la .


''zzzzzrrr ~" bunyi message . hati ni berbunga da tengok phone . ye la tengok nama dia yang bagi message . buka2 je message , arghhh ! semua cam sial je , kecewa habis  . ye la bila baca sms mcm ni : '' you kita kawan kawan dulu tau .
kalau ayat mcm nie , hm da tau sangat . tak payah cakap apa2 dah . better start cari orang lain or tunggu bulan jatuh ke riba kot .
bila kita sanggup terima semua syarat yang dia bagi , last2 jadi juga macam neh . bersyarat bagai nak jadi couple betul2 dah . dah habis serious . tapi tu la manusia .

ni la LUMRAH bila b'FB .

so anda semua hati2 okay . get ready yourself . hope you will find your first , last and true love . to those who already has BF or GF. take a good care to your gf/bf . appreciate them as you appreciate yourself .


and to all players . make a wise decision before you say okay ? if not you will hurt some hearts . and there are no such easy way to cure that hurt .

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

08 April 2011

Aliff Shalihin Sulaiman . Al - Fatihah .

6 APRIL 2011 .
Aku dikejutkan dengan 1 panggilan dari Ex boyfriend kawan aku . Aku ingat dia nak tanya aku pasal kawan aku . Rupa rupanya tidak . Dia tanya aku , 'Kau tahu tak pasal aliff ?' Aku jawab tak tahu . Kemudian , dia macam marah aku . Cakap aku macam macam . Kecewa dengan aku la , kenapa tak jaga dia baik baik . Aku tanya , kenapa ney ? Aku tak faham . Dia tengking aku , cakap 'ALIFF DA MATI' . Aku benar benar terkejut . Aku tak percaya dengan apa yang aku dengar . Aku takut dia main main . Then dia kata , aku tak sangka kau macam ney hawa then dia letak . Dia seolah olah menyalahkan aku atas pemergian Aliff . Aku tak mengerti . Kenapa aku dipersalahkan ? Bukankah ajal maut ditentukan oleh Allah SWT ? Masa itu aku kat cc . Aku terus tengok profile Facebook dia dengan hati yang berdebar . Ya Allah , memang benar . Banyak yang hantar kat wall dia , Al - Fatihah dan macam macam ucapan takziah . Aliff , kenapa awak pergi cepat sangat ? Hm , saya tak sempat nak minta maaf dengan awak . Aliff , kenapa Kery marahkan saya sampai macam itu ? Dia yang kenakan saya dulu , dia yang bagi num awak dekat saya . Dia tipu saya . Saya minta num lelaki yang sekepala dengan saya . Saya bukan tak mahu berkawan dengan awak , tapi saya rasa saya tak layak berkawan dengan awak . Awak seorang hamba Allah yang bagi saya cukup sempurna . Awak terlalu baik . Awak selalu mengingatkan saya supaya jangan lupa solat . Awak juga selalu mendoakan saya . Tapi saya tipu awak . Saya tidak berapa layan text awak kerana saya taknak tipu awak . Saya berasa sangat bersalah & tidak tenang kerana saya tidak dapat meminta maaf kepada awak . Dalam masa yang sama , saya rasa selesa berkawan dengan awak . Awak tidak seperti lelaki lelaki lain . Awak la lelaki pertama yang selalu memulakan text dengan memyebut nama penuh saya . Sejuk hati saya , tersenyum saya sendirian . 'Assalamualaikum Siti Hawa Bt Mohd Hamal .' Tapi lepas ney tiada lagi text sebegitu dari awak . Saya sedih sangat . Walaupun kita baru saja beberapa bulan berkawan tapi saya rasa awak la yang boleh menjadi SAHABAT lelaki pertama saya .

*Aliff meninggal akibat kemalangan jalan raya . Sebelum dia meninggal , dia sempat mengadu kepalanya pening dalam keadaan menggelupur seperti yang diberitahu dalam akhbar . Badan & kepala arwah mengalami kecederaan yang parah .

Aliff Shalihin , semoga awak tenang disana & ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman . Saya yang masih hidup di muka bumi ini , akan sentiasa mendoakan & sedekahkan Al - Fatihah buat awak . Saya tahu awak mesti tengah melihat keluarga awak , rakan rakan awak sekarang kan ? Kalau awak sedang melihat saya , saya nak minta maaf dekat awak sangat sangat . Saya betul betul rasa berdosa dengan awak . Saya sayang awak . Semoga suatu hari kita akan bertemu di Sana .

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Kem Keindahan Bersama Mu 2 ~ 3 April :)

Firstly memang rasa malas sangat sangat nak pergi tau . Da la tak prepare apa apa . Memang tak ikhlas nak pergi . Haha . Pukul 2 pagi baru pack barang semua . Alhamdulillah , takda apa yang tinggal . Sepanjang kat kem tu , mula mula macam boringg . tapi lama lama . best sangats ! then rasa insaf sekejap . hoho . sape yang tak p mmg rugi lah .
terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)