assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

08 April 2011

Aliff Shalihin Sulaiman . Al - Fatihah .

6 APRIL 2011 .
Aku dikejutkan dengan 1 panggilan dari Ex boyfriend kawan aku . Aku ingat dia nak tanya aku pasal kawan aku . Rupa rupanya tidak . Dia tanya aku , 'Kau tahu tak pasal aliff ?' Aku jawab tak tahu . Kemudian , dia macam marah aku . Cakap aku macam macam . Kecewa dengan aku la , kenapa tak jaga dia baik baik . Aku tanya , kenapa ney ? Aku tak faham . Dia tengking aku , cakap 'ALIFF DA MATI' . Aku benar benar terkejut . Aku tak percaya dengan apa yang aku dengar . Aku takut dia main main . Then dia kata , aku tak sangka kau macam ney hawa then dia letak . Dia seolah olah menyalahkan aku atas pemergian Aliff . Aku tak mengerti . Kenapa aku dipersalahkan ? Bukankah ajal maut ditentukan oleh Allah SWT ? Masa itu aku kat cc . Aku terus tengok profile Facebook dia dengan hati yang berdebar . Ya Allah , memang benar . Banyak yang hantar kat wall dia , Al - Fatihah dan macam macam ucapan takziah . Aliff , kenapa awak pergi cepat sangat ? Hm , saya tak sempat nak minta maaf dengan awak . Aliff , kenapa Kery marahkan saya sampai macam itu ? Dia yang kenakan saya dulu , dia yang bagi num awak dekat saya . Dia tipu saya . Saya minta num lelaki yang sekepala dengan saya . Saya bukan tak mahu berkawan dengan awak , tapi saya rasa saya tak layak berkawan dengan awak . Awak seorang hamba Allah yang bagi saya cukup sempurna . Awak terlalu baik . Awak selalu mengingatkan saya supaya jangan lupa solat . Awak juga selalu mendoakan saya . Tapi saya tipu awak . Saya tidak berapa layan text awak kerana saya taknak tipu awak . Saya berasa sangat bersalah & tidak tenang kerana saya tidak dapat meminta maaf kepada awak . Dalam masa yang sama , saya rasa selesa berkawan dengan awak . Awak tidak seperti lelaki lelaki lain . Awak la lelaki pertama yang selalu memulakan text dengan memyebut nama penuh saya . Sejuk hati saya , tersenyum saya sendirian . 'Assalamualaikum Siti Hawa Bt Mohd Hamal .' Tapi lepas ney tiada lagi text sebegitu dari awak . Saya sedih sangat . Walaupun kita baru saja beberapa bulan berkawan tapi saya rasa awak la yang boleh menjadi SAHABAT lelaki pertama saya .

*Aliff meninggal akibat kemalangan jalan raya . Sebelum dia meninggal , dia sempat mengadu kepalanya pening dalam keadaan menggelupur seperti yang diberitahu dalam akhbar . Badan & kepala arwah mengalami kecederaan yang parah .

Aliff Shalihin , semoga awak tenang disana & ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman . Saya yang masih hidup di muka bumi ini , akan sentiasa mendoakan & sedekahkan Al - Fatihah buat awak . Saya tahu awak mesti tengah melihat keluarga awak , rakan rakan awak sekarang kan ? Kalau awak sedang melihat saya , saya nak minta maaf dekat awak sangat sangat . Saya betul betul rasa berdosa dengan awak . Saya sayang awak . Semoga suatu hari kita akan bertemu di Sana .

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Daisypath Anniversary tickers
copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)