assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

01 January 2017

The WORST and The BEST 2016


Assalamualaikum .. Pertama sekali , Syukur kepada Allah SWT kerana aku masih bernafas pada hari ini iaitu pada 1 Januari 2017 . Sudah masuk tahun baru harini dan aku masih lagi diberi peluang olehNya untuk bernafas , berada disisi mak bapak, keluarga dan kawan kawan . Terima kasih Ya Allah . Aku juga masih berpeluang menulis blog , meluahkan apa yang aku rasa dan sebagainya disini . Jadi aku nak kongsi serba sikit apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2016 😊


MY SIS FINALLY BECAME A WIFE!
Alhamdulillah dia dah bergelar seorang isteri . Dah lama dia kenal dengan husband dia since dorang kat sekolah menengah lagi . Lagipun memang kenal dengan husband dia sebab husband dia kawan dengan anak jiran so semua kenal kenal lah kiranya . After setahun lebih mereka bertunang , bernikah lah dorang awal tahun 2016 .


SOLEMNIZATION



1 May 2016
Genap 22 tahun 2 hari aku duduk kat Quarters TNB hari tu aku masuk rumah baru . Termasuk tok , den , paksu and anuar stay sekali duduk ramai ramai sebab rumah tu cukup untuk duduk semua sekali . Rumah tok pun asyik bocor , keadaan pun dah teruk sangat so semua decide nak pindah . Just akak ja tak stay dengan kami sebab dia stay rumah anak mak mentua dia 😂


Mak
Tetiba mak tak boleh berdiri and berjalan . Terpaksa menggesot dan merangkak . Bawak pergi hosp doc tak dapat cari punca kenapa mak sakit sampai macam tu sekali . Doc just buat apa yang termampu untuk rawat mak . Kami ikhtiar bawak jugak mak pergi berubat dan mengurut Alhamdulillah mak taklah sakit teruk sampai tak boleh berdiri dah . Semoga mak terus kuat , aminn ..

Bapak
Hari yang sama mak discharge dari hosp , kami dapat call yang bapak accident kat Tapah masa bekerja . Accident melibatkan 3 buah kenderaan bus , Hilux TNB yang bapak bawak dengan BMW . Yang paling teruk mestilah Hilux yang bapak bawak . Bus langgar dari depan BMW langgar daripada belakang . Bapak tak pernah accident macam ni punya teruk . Dia pernah accident just kereta dia sendiri yang teruk . Masa pakai saga lori langgar belakang kat traffic light . Time pakai vios pun sama . Sebelum accident teruk ni pernah accident sekali tapi tak teruk . Hilux TNB hampir masuk gaung kat Cameron Highlands sebab tayar Hilux tercabut . Syak kes khianat . Kali ni pulak lagi teruk sampai mata dia hampir masuk kaca . Time tu accident dengan kawan dia . Alhamdulillah lah takda patah riuk . Cuma ingatan and mata dia kurang dah sekarang .



MERAIKAN PENGANTIN
Lepas kejadian buruk tu berlaku kami buat kenduri doa selamat sikit . And diikuti dengan meraikan majlis perkahwinan akak and abang ipar . Masa tu pulak Alhamdulillah dia disahkan mengandung . So meraikan tiga orang sekali lah ni .

RECEPTION BRIDE SIDE
RECEPTION GROOM SIDE


KEHILANGAN BAKAL ANAK BUAH
Tak lama pulak berita buruk menyelubungi kami sekeluarga . Belum sampai 6 bulan kandungan akak time tu dia dah nak bersalin dan bukan gugur . Air ketuban dah pecah and bukaan betul betul sedia untuk bersalin . Dia selamat bersalin anak lelaki yang dah diberi nama Zulfakar . Sempat abang ipar iqamat dan azankannya tapi hanya mampu bernyawa selama 50min saja . Badan semua dah cukup sempurna doc kata kalau 6 bulan kandungan dia masih lagi boleh diselamatkan tapi Allah lagi sayangkan awak wahai anak syurga Ibu dan Ayah awak .. Al-Fatihah ..



WEDS MY BEST GIRLFRIEND !
Tak pernah sangka antara dalam geng kitaorang my gf yang ni akan kahwin dulu . Seriously aku tak percaya and nangis bila dapat tau . Bukan sedih tapi happy sangat sebab dia dah jumpa someone yang boleh jaga dia , bimbing dia . Syukur Alhamdulillah dia dah bergelar isteri . Im really happy for you tascha 😘

  
HENNAMEHNDI RECEPTION
HENNAMEHNDI RECEPTION
SOLEMNIZATION
SOLEMNIZATION

BOTH SIDES RECEPTION IN AND OUTDOOR
BOTH SIDES RECEPTION IN AND OUTDOOR

HEY ! IM GRAD !
And last but not lease finally im grad ! But bukan dari private college tu actually from 7-Eleven . What 7-Eleven pun ada convo ? Yes .. Ramai yang terkejut sebab dorang taktau 7-Eleven ada tawarkan kerja sambil belajar . Sijil Kemahiran Malaysia sama macam kat Giatmara and Kolej Komuniti macam tu . Tamat jugak belajar selama setahun ingat sijil pun tak mampu Alhamdulillah mampu aku tamatkan dengan cemerlang . Terima kasih family sebab always ada . To trainer banyak tolong dalam study . To coach yang bagi lulus hehehehe . Im done for this year , InsyaAllah lepas ni level 3 pulak .. Even starting year macam macam dah jadi tak kira dalam family or kat luar but akhir tahun lepas is the best thing for me cause dapat rasa convocation and go with the whole family :) Bye 2016 .. Saya takda apa apa azam .. Cukup 2017 masih boleh tengok wajah kedua orang tua tersayang and diberi sihat tubuh badan boleh bekerja bagi rewards untuk diri sendiri aminnn ..



OKAY DEAR WORST AND BEST 2016 ! BYE !

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)