assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

20 December 2011

sekejap rasanya masa berlalu :)

Assalamualaikum !


aku bakal melangkah ke alam baru . bukan budak sekolah dah . happy ada , sedih ada . tapi ini dunia , semua orang akan melalui benda yang sama kan :) bulan 3 next year dah 18 . masih belas-2 lagi . hee :D dah tu nak pergi PLKN . arghhhh ! tak suka . yela maybe sekarang tak suka , dah pergi taknak balik pulak . HAHA . rasa berat nak pergi bukan apa , aku ney tak biasa bercampur . selalu duduk rumah ja . bukan mak bapak tak kasi keluar tapi tak suka lah . tak tahu kenapa . aku rasa rumah lagi best . rumah tu kan syurga , HAHA ! esok kat sana kena campur dengan lelaki . bukan tak pernah , tapi jarang . kawan lelaki yang aku yang pernah face to face , bertepuk tampar pun tak ramai . tak sampai 20 orang . yang lain semua dalam phone , facebook semua . haa ~ dah tu ada boyfriend semua jauh-2 . jarang date . yang date selalu pun dengan ex aku AK tu . haa , HAHA ! tu ja lah . takut lah takut . aduhh ! seksa rasa . hmm ~ then lepas dapat result nak continue study dalam bidang persolekan . bapak aku kata takda bidang lain ke aku minat . nak buat macam mana , aku love beauty ney . kalau aku tak jadikan beautician tu sebagai kerja tetap aku , aku nak ringankan badan ney then nak kerja kastam or JPJ . amacam ? hee :D tak pun aku pergi khusus memasak , aku buka kedai cupcake . ha , okay kan ? macam-2 boleh buat sebenarnya . yang aku tak puas hati sekarang , aku nak ambik lesen kereta . jelly sangat member aku dah ambik . bengang-3 ! aku harap cepat-2 lah ambik . nak bagi biasa , supaya dah ada kenderaan sendiri nanti dah boleh bawa , tak payah susahkan orang lain . tu ja . aku pun nak pencen naik bus pergi mana-2 . HAHA ! aku dah set dalam otak mana aku nak pergi lepas ney . tak perlu nak fikir-2 lagi . macam-2 aku nak buat nanti . semoga Allah mempermudahkan jalan aku . now tengah cari kerja tapi , taktahu nak kerja apa . memang payah nak cari kerja sekarang kan . sabar ja lah . ha , ney lagi beberapa hari ja nak berganjak ke tahun baru 2012 kan . sebelum nak masuk tahun baru ney ada ja perubahan . bukan perubahan yang mengembirakan tapi yang menyakitkan . entah lah , ney ke yang aku dapat lepas habs sekolah . mentang-2 lepas ney jarang dah nak jumpa , semua buat perangai tak matang kan ? good , go on okay :) okay lah , sampai sini ja lah entry aku . kang panjang-2 korang bukan nak baca sangat . hee :D



notes !
btw guys , 18 december haritu aku dah tak single dah . wee ~ DEDI CANRA , nama yang unik kan . muncul dalam hidup aku . nanti aku update story pasal dia okay . tata !

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

05 December 2011

Selamat Tinggal Sekolah . Selamat Tinggal TCS :(

Assalamualaikum !



hari ney last paper untuk SPM iaitu paper Kesusasteraan Melayu . hari ini juga tamat lah status aku sebagai PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TARCISIAN CONVENT IPOH . hari ini juga hari terakhir aku memakai baju sekolah berkain biru laut , tudung ustazah HAHA and kasut sekolah indie ku . hee ~ ouh ! cepatnya masa berlalu . aku rasa macam baru semalam aku masuk form 5 , baru semalam aku bergurau senda dengan teman-2 seperjuangan , baru semalam bersama-2 di dalam class dengan guru-2 yang tak pernah putus asa mengajar aku dan rakan-2 :) aku bukan lagi 'BUDAK SEKOLAH' yang comot and comel . HAHA . aku pasti akan merindui saat-2 manis bersama sahabat-2 dan guru . dan juga saat-2 pahit sekelas dengan SUNDAL-2 jahanam tu ! aku juga akan merindui perkara-2 yang berlaku sepanjang 11 tahun aku bersekolah . antara perkara-2 tu ialah
 mestilah jejak kawasan sekolah and certain tempat , haha . mana lah tahu lepas ambik result SPM nanti dah tak jejak sekolah tu kan . betul tak betul tak . hee ~ tempat tempat tu mestilah
- ponteng class masuk tandas bising bising .
- tidur dalam lab tambah kalau cikgu tak bukak lampu and giliran duduk meja belakang
- time rehat pergi duduk library sorang sorang baca buku
- masak/sembunyi kat bilik ERT
- sembunyi kat bilik seni , lepak kat tangga bersambung dengan bilik ERT .
- rehat/habiskan masa bersembang kat badminton court sambil ikat kasut *sebab dekat surau*


dalam class
- Akan rindu bila cikgu mengajar bagi ilmu
- Cikgu marah
- Cikgu puji
- Kena berdiri sebab tak dapat jawab soalan
- Kena lari kat padang semua 1 class sebab tak bawa bahan yang cikgu suruh
- Buat lawak apa yang cikgu ajar
- Kenakan cikgu
- Kacau member yang kuat latah
- Buli member : tarik tudung , sorok kasut kalau p surau , stapler bag , terajang kerusi orang depan
- Nyanyi dalam class
- Kongsi masalah especially dengan member sebelah meja
- Dodoikan member
- Cari pasal dengan musuh dalam class : menyindir , gaduh mulut , mengadu kat cikgu or prefect kalau musuh bawa barang terlarang .
- Campak air dari atas kebawah
- Jerit kat orang yang tak kenal kat bawah luar sekolah
- Buang sampah atas bumbung *kalau class atas*
- Masa form 5 cikgu bagi kertas suruh buat soalan ecspecially perdagangan bila nak bagi balik mesti tulis nama lain , selena gomez lah , orang gaji marimar lah , justin bibir lah . bila cikgu nak bagi balik mula lah bising cikgu tu , kami gelakk ja .

Lain lain
- Kat canteen siap ada meja special sebelah meja cikgu , budakk hotttt lah katakan , puihhhh !
- Rindu ada spotcheck kat sekolah , masa tu mula lah kelam kabut , muka pucat , ingat balik ada tak bawa benda terlarang .
- Ingat masa form 2 pernah di denda jadi monitor class selama 2 minggu . tak heran , boleh handle dengan baik tau ! HAHA !
- Rindu keluar class tanpa pass , kena tahan dengan PK HEM , mama LIM ! tapi dia pun dah retired .
- Bila member tak datang , text tanya kenapa tak datang , boring kau takda lah , sunyi lah . hee , loveyoufriendsss !
- Masa form 4 tak silap time oral english kena present individu and sebab aku nak jadi beautician aku kena makeupkan orang and Pengetua pun datang tengok hihihi . 


denda
-kalau datang lambat kena lari padang or kutip sampah . euwww ~ berpeluh basah lah tiak HAHA !
 -setiap isnin kena nyanyi lagu negaraku , lagu negeri and lagu sekolah .
 -baca buku kat dewan tiap pagi
 -kena denda tak bawa buku nota , buku peraturan , buku cerita , tak potong kuku , tak pakai kain dalam , tak pakai singlet 
-berjalan dalam barisan dengan di kiri kanan ada pengawas kelam tahap dewa . naik tangga kena senyap and dalam 1 barisan . dalam class di jaga oleh prefect yang annoying gila !

 fuhhh ! banyak lagi kenangan manis and pahit kat sekolah . nak story kat sini sampai tahun depan pun tak habis , HAHA ! kenangan ney tak boleh banding dengan kenangan dengan boyfriend tau , ney lagi sweettttt sangat <3 sekolah banyak mengajar erti kehidupan dan tempat menuntut ilmu yang paling bermakna yang kita takkan dapat bila kita dah masuk alam lain . semuanya sekali dalam hidup ja tau ! oleh itu siapa yang tak habis sekolah lagi , nikmatilah alam persekolahan dengan sebaiknya ! iloveTARCISIANCONVENTSCHOOL !


terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

01 November 2011

Sijil Pelajaran Malaysia 2011 ♥

Assalamualaikum !





Tinggal 12 hari sahaja lagi untuk aku menghadapi SPM . Ya Allah , takut sangat . tapi aku still relax . kalau aku gelabah pun buat lagi rasa takut jeh . even aku memang rasa math tuh payah buat aku but aku kena buat jugak exam tu . lulus or gagal Allah je tentukan . tapi aku dah tahu mana aku nak pergi lepas habis exam , lepas ambik result next year . aku dah ada tujuan and tak perlu nak fikir panjang lagi . yeahhh !

pape pun goodluck untuk semua budak-2 form 5 batch 2011 , paper akan bermula 14nov - 14 dec ney . but aku habis 5dec . jyeahh ! okay , tata :)





terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

19 September 2011

Tetiba Muncul Nak Datang Beraya .

Assalamualaikum !

Okay guys , entry neh aku pernah post kat fb now aku repost and tambah sikit-2 story sebab masa mula-2 post kelam kabut sebab excited sangat . Hahaha .

Happy sangat malam tu cause Erry mai beraya rumah aku . Aku tak ajak pun okay . Aku pun tak sangka malam sebelumnya 2 sept tu dia call aku . Aku memang taktau pun tu num dia so aku angkat jela . Time dengar macam kenal tapi tak cam sangat . Aku tanya lah dia sapa lepas tu dia kata dia amir . Aku tanya balik amir mana bukan sorang ja nama amir yang aku kenal . Dia suruh aku sebut sorang-2 nama amir yang aku kenal . Sampai aku terlist nama Amiruddin Khairi terus dia potong cakap aku and dia kata 'Haa Amiruddin Khairi tu .' Gila , terbeliak jap mata aku . Lepas tu dia cakap nak datang raya tapi aku still kat kampung . So aku pun suruh lah dia datang esoknya . Sampai ja Ipoh dalam pukul 9 , aku text and bagitau aku dah sampai Ipoh . Tapi dia tak reply pulak , call pun tak jawab . Ingat dia tipu aku . Then tiba-2 aku dapat text , 'boleh datang sekarang ke?' aku pun reply suruh datang . Tak lama lepas tu dia pun sampai . Aku segan sebenarnya , yela dah lama break tetiba muncul .

And tiba-2 ja aku dengan dia mesra macam dulu-2 . Gelak-2 bagai , dia paksa aku makan sekali . Siap bubuhkan makanan and tuang air untuk aku . Emm sejuk lah agaknya hati nenek aku bila tengok kami bersembang . Tapi aku tak harap apa-2 okay sebab aku tahu dia ada gf . Lepas dia balik tu akak aku pulak kata yang Erry neh pandang aku tak putus-2 masa aku tak tengok muka dia . Taktau lah betul ke tak . Takda rasa sayangg dah takkan dia still nak pandang aku macam dulu-2 pulak . Dah tu adik aku pun cakap benda yang sama . Ahh biar lah dia ada mata nak pandang aku . Yang penting jangan berharap .

Sebelum dia balik , atas motor dia cakap , "kalau kita ada jodoh , jumpa lagi ." Tak harap apa . Maybe jodoh sebagai kawan kan tak semestinya jodoh lain . Okay bye :)




Dia datang sebab rindu nasi impit nenek aku lah tuuu ~

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

05 September 2011

Trial SPM 2011 :)

Assalamualaikum !


Minggu ini merupakan exam week . for form 5 students . Trial SPM . 3 weeks . urghh ! perghh ! rase tension tuh adee lha . tapi ta lah tension sangat . maybe cz trial . tp kene buad betul jgk .
ney dia jadual trial . start rabu nee .
banyak lagi yang ta study . akuu takud math and sejarah . uwaaaaa !

aku harap akuu ta kelam kabut mase buad nanti . akuu juz risau 2 subject tuh jeh .
harap segalanya lancar & mendapat keputusan yang cemerlang walaupun hanya trial exam .
buat semua form 5 batch 2011 buat trial elok-2 okay :)





terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

28 August 2011

Happy Eid Mubarak ♥

Assalamualaikum !



Selamat hari raya Aidilfitri kepada :

~ mak bapak 
~ den-atuk , tok-nenek(belah bapak) , wan-nenek(belah mak) 
~adik beradik 
~adik beradik mak & bapak 
~ sepupu sepapat , anak-anak buah sebelah mak & bapak di Ipoh & Pasir Besar & dimana-2 sekalipun 
~ rakan sepermainan : Athirah 
~ kawan-2 & guru-2 di SMK Tarcisian Convent, Ipoh 
~ Besties Forever - URBAN MANIAC : Dinie , Ekin , Tascha , Fiqa , Ika & Qi .
kawan lama : Hanani .
Enemy - Sundal-2 Foggy (Opps !) : Wny , Tiqa , Qiela , Wawa , Jieha , Zu , Wirna , Syu , Mieza .
Dan pada sesiapa yang mengenali diri ini :)

Hey , I'm Siti Hawa . Happy Eid Mubarak to all Muslims , Maaf Zahir & Batin . Also Happy Independent Day . Maaf kalau ada terkasar bahasa or any small mistakes . Rejoice and enjoy your holidays . For those are driving , have a safe journey going back or forth and drive carefully . Selamat Hari Raya 

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

20 August 2011

TOP 30 CERITA HINDUSTAN YANG AKU SUKA :)

Raja Hindustani :)
Hum Saath - Saath Hain :)
Dil To Pagal Hai :)
Biwi No.1 :)



Dulhan Hum Le Jayenge :)
Chal Mere Bhai :)


Rishtey :)
Judwaa :)

Kuch Kuch Hota Hai :)




Pardes :)
Bobby :)
Dilwale Dulhania Le Jayenge :)

Baadshah :)

Duplicate :)
Phir Bhi Dil Hai Hindustani
Ishq :)
Mann :)
Sangam :)
An Evening in Paris :)
Hello Brother :)
Mohabbatein :)


Aa Ab Laut Chalen :)

Chori Chori Chupke Chupke :)
Dil Hai Tumhaara :)
Kaho Naa Pyaar Hai :)
Koi Mil Gaya :)

Har Dil Jo Pyar Karega :)

Baazigar :)
Munna Bhai MBBS :)

Mujhse Dosti Karoge :)

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

05 August 2011

S A Y A :)

Assalamualaikum !


im an kind , obedient , loyal , helpful , friendly .

saya , 
1. suka berkawan .
2. tak sombong .
3. tak berapa social .
4. suka tidur .
5. suka menyanyi . 
6. suka awak .
7. suka tolong orang .
8. kasar .
9. berambut pendek .
10. seorang faker yang professional .
11. tak suka orang yang sombong .
12. tak suka belagak .
13. suka snap pic sorang sorang .
14. suka potpetpotpet .
15. suka berkongsi cerita .
16. suka bertutur dalam bahasa malaysia . 
17. suka melihat apabila orang bahagia tetapi jealous pulak lepas tu .
18. pernah couple dengan ramai lelaki tapi tak pernah berjumpa  . 
19. tak pernah minum arak .
20. suka mencuba perkara/sesuatu yang mampu saya cuba .
21. suka dengar lagu .
22. manja .
23. suka larikan diri dari masalah .

24. suka pendam
25. suka tidur lewat .
26. masih pemalu walaupun dah biasa dengan seseorang .
27. suka menilai orang .
28. tak suka marah . 
29. teringin main SNOOKER .
30. suka bagi nasihat .
31. suka movie/buku genre seram/thriller .
32. suka doraemon .

33. suka membaca .
34. suka bagi kawan-2 ketawa . 
35. senang jatuh cinta .
36. sayang adik beradik saya .
37. sayang bapak saya .
38. sayang mak saya .

and I want you all know ,
Im not perfect .
and saya tak pernah lari dari kesilapan .
so forgive me ,  jika saya bersalah . iloveyou

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

APRIL LOVE ♥


Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi
Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu
Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

27 July 2011

GRADUATION NIGHT :)

Assalamualaikum !

Okay neh lah for the 1st time my sch buat graduation night . Sebelum-2 ni selalu form 5 buat jamuan akhir tahun sama macam form-2 lain . So this year so lucky sebab batch 2011 yang rasmikan graduation night . Theme untuk 1st year neh tak silap aku ala ala princess gitu . But sorry lah aku just pakai simple ja SEBAB aku kannnnn Boyish sikit . So memang tak minat lah nak pakai dress , skirt , jubah segala . Make up pun tak . Just petang tu p potong and set rambut dengan Tascha and Adah . Pergi parade cari barang2 tascha nak pakai untuk malam tu . And dia pun menang award tau malam tu ! Congratulations sayang ! Kasi nganga itu sundal-2 betina . Tambah-2 si sundal bolong tu . Kata hot sangat ? 1 award pun tarak dapat woo . Hahaha !


Antara semua form 5 just aku and fiqa ja(member class and meja sebelah , HAHA) yang paling paling simple and pakai macam lelaki . Agak jadi perhatian cikgu-2 jugak lah terutama mrs. lim peng and ustazah ustazah yang asyik dok usha padat ja . HAHA ! A K K(Ada Kami Kesah ?) HAHA . Overall , okay lah . Dari 5 star , boleh bagi 4 star . Yelaa 1st time kennn . Grad night neh buat kat Tower Regency Hotel . Hotel neh pun baru 1st time buat graduation night/event macam neh . Cause hotel neh baru tak baru jugak lah siap . Untung ya semua 1st this year . Hee . Nak story pasal food , err . Not bad . Kenyang jugak lah perut . Biasa lah makanan kat hotel .



Aku p dengan tascha , mak tascha ambik aku . Time sampai Adah mai sambut kami . Perghhhhh pakaian dia ala ala Marimar kata ko . Memang gelak habis lah kan . Dia jugak asyik malukan aku nak berkepit ja dengan aku . Nokharam betul . Buat gossip ja ! Lepas dah sampai tu terus cari bilik hotel sorang member class ni . Set2 rambut Bieber aku balik . Cis ! Even tak minat si bibir tu ada jugak orang panggil termasuk mak Tascha wuuu ..
Dah tu semua dah ready , turun lah semua kat hall and lalu kat red carpet . Excited wehhh . HAHA ! Function pun tak lama lepas tu start . Ramai lah orang ambik pics sana sini . Aku pun terpaksa lah snap snap dengan depa . Aku tak minat nak snap snap dengan orang neh . Tak biasa , tapi pasal tahun akhir kan takkan nak menyombong ? Layan kan aja lah . Sampai sundal-2 tu pun nak jugak bergambar dengan aku . Siap si sundal bolong , bukak heels dia snap pic dengan aku and cakap bau aku macam Remy Ishak . Gila pernah bau ke pun ? Dah tu panggil aku dengan Remy Ishak ja lepas tu .


 Before function habis , aku menyumbangkan sebuah lagu untuk semua , especially untuk class aku lah . Aku nyanyi lagu Jangan Ada Benci // Casey . Aku panggil pulak budak-2 class aku naik stage untuk nyanyi sama-2 . Nervous wehh , lama tak nyanyi atas stage . Then function pun habis dalam pukul 10 lebih . But sapa yang belum nak balik tu boleh lah dance kat atas stage tu , tutup semua lampu2 dah macam disco . Yang overnya budak-2 Indian neh . Aku pun kena tarik jap dengan depa . Tak tahan aku lama-2 atas tu tak pasal runtuh pulak stage . HAHA !


Member-2 aku dinie , fiqa dengan jijah ajak lepak before balik . Lepak lah kami macam pub kat ground floor . Lepak jela , banyak melayu so tak heran lah sebab makcik-2 bertudung pun ada . Tapi lepak tak lama sebab waiter asyik nak mintak order . Grrr ! So kami pun gerak p Dataran Ipoh . Sepanjang jalan dah sampai kat Dataran tu asyik kena kacau ja si Dinie dengan Jijah . Yela pakaian dorang macam mana kan . Depa dua dah risau takut kena cop GRO ke apa ke . Dah lah malam tu ramai budak fixi dengan mamat kereta . Kesian depa . Dah tetiba ada orang panggil aku Justin Bibir . Aku pun duk jalan belakang sekali nak jaga dua orang princess tu . Haram betul , nyampah okay kena panggil gitu . Senyum jela . Dah tu terjumpa pulak dengan si sundal bolong jalan dengan bf , dengan berkaki ayam nya dah macam perempuan mabuk . Di tegur lagi aku dengan Remy Ishak . Eeee .. HAHAHA ! Dah si dua orang tu takut sangat sebab asyik kena kacau kami pun blah balik hotel . Lepak kat lobby sementara tunggu bapak aku . Baring-2 jap , penat jalan . Tinggal kami berempat jela duk merempat . Hee apa-2 pun malam tu best sangat ada dengan kawan-2 sampai ke malam :)












terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

12 July 2011

PLKN ouh PLKN :(

Assalamualaikum !



fakk yeahh ! akuu ta sukee , akuu tana pegy ! tpy tpkse . akuu bkn apee , akuu takud lha . hmm ~
tana lha ! ! !
fmily akuu sume sdeyhh .
yelha , mmg 3 bulan jeh pegy .
masalah nye dorg ta pena lps an akuu selame chum tuh naty .
kurang pun 3 hari jeh .
lgpun akuu nee da lha debab , mmg lha adee orgg debab chum akuu , malah lg debab lg , tpy yelha , makbapak kan kalu ank tuh debab takud jdy pape .
mesti risau .
tmbh-2 akuu nee cpt semput .
akuu takud kt sane tade sape na kwn nan akuu .
laky tuh ta kesah , mmg dorgg tana kwn nan akuu an .
da lha akuu ta biase cmpur-2 nan laky kalu kt lua .
rapat pun kalu mmg sekepala sgts mcm awad n unie 

pape pun akuu akn cube kuad an diri ! wawa go go go !




bakal WIRAWATI NEGARA HAHA !

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

03 July 2011

Yess Yess ! He reply :)

Hee . Happy sangat dia sudi reply text aku !

11.59p.m : happy birthday . may god bless you always muhammad fadzli .

tiada balasan . hampir putus asa .

1.05a.m : thanks!!sori segala salah silap pali


1.07a.m : most welcome . it's okay . wa da lupe an . salah wa jgk .

1.11a.m : da3..bnda tu da xde lg dlm ingatan pali.. kita kwn selamenye k
(hati rasa berbunga ♥)

1.12a.m : hm , okay . tapi paly tu yang sombong . hoho ! mentang-2 dah ada 
yda .


then bla bla bla . . .


Apa-2 pun aku seronok sangat . Tapi korangg , aku tak harap apa-2 dah pun . Aku just miss sangat kat dia . Tu ja :)






happy birthday baby gumuks 


terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

01 July 2011

Lusa 3 July .

Hm , aku nak wish . Akuu nak dia reply 1 text pun takpa lah . Asal kan reply . Akuu miss sangats kat dia . Hmm ~




♥ Paly 





terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

03 June 2011

Tiba - Tiba Rindu kat Mr. Gumuks

Hm , okay . Nampak kat fb gf kau post gambar terus lah aku click kat album  <3 kRoNoLoGi cHeNtA Si fAdZwA <3 Ya , pics kau dengan dia . Sial ja ! Hm okay-2 aku JEALOUS . puas ? Tahu tak aku miss sangat kat kau paly . Aku minta maaf sangat-2 . Ya , aku tipu kau . Tapi aku takda langsung niat jahat pada kau . Aku sayang kat kau sangat2 . Erry pergi , kau pun sama . Kau tak faham pun kan ? Kau tak ambik peduli pun . Betul kan ? Alasan aku cukup kukuh kan kenapa aku tipu kau . Hm . . . Aku nak kau tapi aku tahu kau takkan terima aku lagi . Sangat tipis peluang tu or takda langsung pun . Maybe lepas neh aku akan nampak hubungan kau dengan gf bertambah baik and relation akan bertukar engaged then kawin . . Hm , kalau betul 'W' jodoh kau , aku harap dia tak buat kau macam dulu lagi . Aku harap dia jaga hati kau macam mana aku jaga hati kau . Aku harap dia dapat bahagiakan kau macam mana aku bahagiakan kau . Aku buat segala-2 nya tapi sebab paras rupa langsung kau dah tak nampak semua tu :')

And bagi lah aku panggil kau baby for the last time :


Baby , perkenalan dengan you selama setahun lebih neh sangat bermakna buat I .
Walaupun sebagai orang lain pada mulanya .
I bersyukur dapat sayang you , dapat jaga you lebih dari W buat .
Pertemuan pertama & terakhir kat CC emersoft sangat bermakna bila you datang dengan senyuman comel you tu .
Tapi I taktau senyuman tu betul-2 ikhlas or tak :(
Sanggup jugak datang walaupun dah nak pergi terengganu . Sebab nak tengok wajah yang pernah menipu you .
Hm , I tahu mesti you tak suka I kan .
Even lepas itu kita masih contact lagi .
But as friend :(

Banyak kenangan dengan you walaupun hanya dalam phone . Hakikatnya kita terlalu dekat baby .
Dekat sangat sayangs .
Ya , silap i cause tak yakin pada diri sendiri .

Kalau I jujur dari awal lagi mesti you dapat terima I .
I kenal you before I kenal Erry , kalau I jujur mesti I tak perlu ada Erry dalam life I .

Kenapa you tak bagi peluang pada I ?

I sayangs you .







baby gumuks , iloveyoufull :(
Im sorry :(


terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

22 May 2011

Forget you , Forgive you :(

Aku mesti lupakan dia . Aku taknak terus mengharap yang dia akan datang balik pada aku . Aku tau dia takkan datang balik pada aku . Dia pun dah ada gf sekarang . Maybe dia lebih bahagia dari bersama aku dulu . Aku menyesal lah , aku tak dapat mempertahankan hubungan kami . Tapi adakah aku seorang saja ? Dia ? Hm . Erry macam mana I nak lupakan you ? I sayangg you sangat-2 . Dah 9 bulan kita BREAK OFF . Tapi I still tak boleh nak lupakan you . And sampai sekarang jugak , aku still belum jumpa orang yang boleh buat aku lupa pada Erry . Kebanyakkan yang couple dengan aku just untuk have fun , jauh . Then bukan sebab nak menyayangi aku dengan seikhlasnya . Apa , hina sangat ke aku sebagai ciptaan ALLAH SWT neh ? Aku tak faham lah . Bukan hati yang dorang pentingkan , tetapi paras rupa . Haihh .

Aku pun taknak bila aku dah jumpa someone yang lain , aku dah tak boleh lupakan Erry sampai bila-2 . Aku taknak sakitkan hati orang baru yang akan hadir dalam hidup aku nanti . Jadi aku perlu lupakan dia . Goodbye Erry :)







terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Daisypath Anniversary tickers
copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)