assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

30 August 2015

NO TITLE PART V (!)

Aku dah dapat rasa yang semua ni tetap takkan berakhir dengan baik dari awal lagi.. Aku dah penat.. Aku tahu aku takkan dapat terima semua ni lagi.. Aku dah tak boleh percayakan dia lagi.. Walaupun hati aku sayang sangat kat dia.. Aku ingat dia yang terakhir, aku ingat ini lah kebahagiaan yang aku cari selama ni.. Rupanya tak. Belum masanya lagi aku bahagia.. 

Dia tetap tak berubah.. Kenapa dia buat aku macam ni? Salah ke aku minta dia berubah demi hubungan kami? Besar sangat ke permintaan aku selama ni? Aku tahu susah nak berubah tapi kenapa aku boleh berubah? Sedangkan aku ni lebih jahil. Ke memang aku selama ni bertepuk sebelah tangan? Atau memang selama ni dia hanya berpura-pura kata dia sayang sebab dia kesiankan aku? Lepas tu dia guna gunakan aku. Bila aku dah jatuh kat dia macam ni lah dia buat aku. Sampai hati kau kan? Agaknya kau ingat aku ni takda perasaan sampai kau pijak pijak kepala aku sebab aku ni senyap ja, tak buat apa apa kat kau kan. Jangan cabar orang yang banyak bersabar.

Aku tak pernah ada sapa sapa lepas dia muncul. Aku nak jaga dia, nak jaga hubungan kami. Aku berubah sebab aku nak pergi jauh dengan dia. Aku dah taknak orang lain.. Aku tak pernah kisah dia macam mana. Aku terima baik buruk dia. Tapi bila kau ada keburukkan kau berubah lah kalau kau taknak jejaskan hubungan kau dengan orang yang kau sayang. Melainkan kau tak sayang orang tu memang kau takkan berubah. Dan sekarang aku tahu lah yang kau sebenarnya tak pernah sayangkan aku.. Sebab tu kau tak pernah cuba berubah. Kau tetap sama macam yang aku kenal selama ni. Aku ingat kau lain.. Menyesal aku. Now, tak perlu kau mengharap lagi.. Aku dah tak perlukan kau, aku dah tak percayakan kau dan yang paling penting aku dah taknak tengok muka kau depan aku lagi. Aku harap aku takkan jumpa manusia macam kau lagi. Kau pergi lah jauh jauh dari aku. Aku takkan terima kau dalam hidup aku lagi A.R.


terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

26 May 2015

NO TITLE PART IV (!)

Aku mencari sesuatu dalam diri ini tentang dia .
Patut ke aku beri peluang kedua ?
Patut ke aku percayakan dia ?
Sedangkan hati ini tak benarkan beri dia peluang atau percayakan dia lagi .
Tapi dia tak faham .
Dia ingat dia boleh buat aku percaya pada dia balik .
Dia terlalu yakin tapi aku tidak .
Dia nak jugak tebus kesalahan dia .
Apa yang dia cuba nak buktikan lagi ?
Dah tentu-tentu dia akan ulang kesilapan yang sama selepas dia dapatkan aku lagi .
Lepas buat , aku pergi then pujuk aku balik and cuba buktikan lagi ?
Sekali cukup lah .
Kalau dia betul takda perasaan punya manusia memang dia akan buat balik .
Kalau dia buat lagi memang aku tunggu Tuhan tunjuk jela .
Well .. Aku lupa .
LELAKI kan .
Kita yang perempuan ni sabar dan perhati jela kerenah mereka .
Mana yang sabar , sabarlah sampai mati .
Sebab makan hati , setia kat lelaki yang tak pernah menghargai apa yang dah kita buat .
Tak kira lah apa ja yang kita dah buat yang boleh dikatakan dah bagi segala jiwa raga .
Mana yang tak sabar memang dah tinggal langsung tak paling dah .
Tak pun curang .
Kalau lelaki tu gila mau dibunuhnya , kalau tak terima tak pun diburuk-burukkannya .
Tahu marah , tahu cemburu tapi tak pernah cermin diri .
Jadi setia menjaga segala , buat hal .
Jadi Queen Control lagi lah buat hal .
Tahu manusia tak sempurna , tapi kalau pernah buat sesuatu kesilapan janganlah ulang kesilapan yang sama and permainkan perasaan perempuan .
Jujur tu paling penting .
Aku sendiri pun pada mulanya tak yakin yang aku mampu nak teruskan hubungan , jaga hubungan ni .
Aku rasa aku tak mampu , aku takut .
Tapi kau jugak bagi aku semangat di setiap hari aku bila bersama kau .
Dengan tu aku tinggalkan perlahan lahan benda/perkara yang boleh jejaskan hubungan kita , cuba and terus menjaga hubungan ni dengan lebih baik .
Tapi semua ni musnah macam tu ja .
Aku ingat kita takkan ada masalah besar sebab aku percaya pada kau tapi tak sangka kita akan alami masalah macam ni yang aku rasa kita tak patut ada pun masalah macam ni .
Sumpah , aku terlalu kecewa .
Aku buntu .
Aku takut . Harinya semakin tiba , kau akan pulang tak lama lagi .
Aku tak bersedia nak berdepan dengan kau dengan keadaan kita begini !

26 May 2015
5:44 am

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

01 March 2015

NO TITLE PART III (!)

Ya Allah ..
Inikah yang aku terima setelah aku ikhlas menyayangi seseorang ?
Inikah yang aku dapat selama aku berlaku jujur ?
Inikah yang aku rasa apabila aku sudah mencuba lakukan yang terbaik untuk sesebuah hubungan ?
Adakah aku sememangnya tidak layak mendapat bahagia yang kau berikan Ya Allah ?
Adakah aku langsung tidak dapat peluang untuk selamanya bahagia dengan seseorang yang aku cintai
Kenapa bahagia untuk aku hanya sementara ?
Kenapa aku hanya dapat merasa sedikit kebahagiaan ? dan selepas itu kesakitan yang bertubi tubi menekan aku .
Sakitnya Ya Allah hanya engkau yang Maha Mengetahui .
Hm .. Aku menulis bukan untuk meminta simpati .. Tetapi tidakkah kau sedikit pun nampak apa yang aku dah buat untuk hubungan kita ? Apa lagi sebenarnya yang tidak cukup ? Aku memang tidak cukup sempurna . Aku tahu .. Dan kau jugak tahu aku tidak cukup sempurna di mata kau tapi kenapa kau masih terus mahu menyakiti aku ? Apa salah aku ? Apa dosa aku pada kau ? Aku tak pernah kenal kau sebelum neh .. Aku juga tak pernah kenal keluarga kau atau saudara mara kau . Kenapa aku terus menjadi mangsa ? Aku ini sebenarnya dilahirkan sebagai alat permainan untuk kaum kau permainkan ke ? Aku mohon pada kau , jangan kau buat sehingga aku benci nak melihat wajah kau lagi . Selagi aku masih mampu bersabar aku akan sabar . Kalau kau memang dah tak boleh terima kekurangan aku , mengapa bagi harapan tinggi ? Aku taknak kau berdosa dengan aku sebab aku takut .. Aku tak dapat maafkan kau . Jadi lebih baik kau lepaskan aku dan kau juga boleh pergi . Cari apa yang kau mahu tapi satu ja aku nak bagitau kau , pergilah kemana pun kau takkan dapat yang sempurna .
1 March 2015
4:40am

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Daisypath Anniversary tickers
copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)