assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

26 May 2015

NO TITLE PART IV (!)

Aku mencari sesuatu dalam diri ini tentang dia .
Patut ke aku beri peluang kedua ?
Patut ke aku percayakan dia ?
Sedangkan hati ini tak benarkan beri dia peluang atau percayakan dia lagi .
Tapi dia tak faham .
Dia ingat dia boleh buat aku percaya pada dia balik .
Dia terlalu yakin tapi aku tidak .
Dia nak jugak tebus kesalahan dia .
Apa yang dia cuba nak buktikan lagi ?
Dah tentu-tentu dia akan ulang kesilapan yang sama selepas dia dapatkan aku lagi .
Lepas buat , aku pergi then pujuk aku balik and cuba buktikan lagi ?
Sekali cukup lah .
Kalau dia betul takda perasaan punya manusia memang dia akan buat balik .
Kalau dia buat lagi memang aku tunggu Tuhan tunjuk jela .
Well .. Aku lupa .
LELAKI kan .
Kita yang perempuan ni sabar dan perhati jela kerenah mereka .
Mana yang sabar , sabarlah sampai mati .
Sebab makan hati , setia kat lelaki yang tak pernah menghargai apa yang dah kita buat .
Tak kira lah apa ja yang kita dah buat yang boleh dikatakan dah bagi segala jiwa raga .
Mana yang tak sabar memang dah tinggal langsung tak paling dah .
Tak pun curang .
Kalau lelaki tu gila mau dibunuhnya , kalau tak terima tak pun diburuk-burukkannya .
Tahu marah , tahu cemburu tapi tak pernah cermin diri .
Jadi setia menjaga segala , buat hal .
Jadi Queen Control lagi lah buat hal .
Tahu manusia tak sempurna , tapi kalau pernah buat sesuatu kesilapan janganlah ulang kesilapan yang sama and permainkan perasaan perempuan .
Jujur tu paling penting .
Aku sendiri pun pada mulanya tak yakin yang aku mampu nak teruskan hubungan , jaga hubungan ni .
Aku rasa aku tak mampu , aku takut .
Tapi kau jugak bagi aku semangat di setiap hari aku bila bersama kau .
Dengan tu aku tinggalkan perlahan lahan benda/perkara yang boleh jejaskan hubungan kita , cuba and terus menjaga hubungan ni dengan lebih baik .
Tapi semua ni musnah macam tu ja .
Aku ingat kita takkan ada masalah besar sebab aku percaya pada kau tapi tak sangka kita akan alami masalah macam ni yang aku rasa kita tak patut ada pun masalah macam ni .
Sumpah , aku terlalu kecewa .
Aku buntu .
Aku takut . Harinya semakin tiba , kau akan pulang tak lama lagi .
Aku tak bersedia nak berdepan dengan kau dengan keadaan kita begini !

26 May 2015
5:44 am

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Daisypath Anniversary tickers
copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)