assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

30 August 2015

NO TITLE PART V (!)

Aku dah dapat rasa yang semua ni tetap takkan berakhir dengan baik dari awal lagi.. Aku dah penat.. Aku tahu aku takkan dapat terima semua ni lagi.. Aku dah tak boleh percayakan dia lagi.. Walaupun hati aku sayang sangat kat dia.. Aku ingat dia yang terakhir, aku ingat ini lah kebahagiaan yang aku cari selama ni.. Rupanya tak. Belum masanya lagi aku bahagia.. 

Dia tetap tak berubah.. Kenapa dia buat aku macam ni? Salah ke aku minta dia berubah demi hubungan kami? Besar sangat ke permintaan aku selama ni? Aku tahu susah nak berubah tapi kenapa aku boleh berubah? Sedangkan aku ni lebih jahil. Ke memang aku selama ni bertepuk sebelah tangan? Atau memang selama ni dia hanya berpura-pura kata dia sayang sebab dia kesiankan aku? Lepas tu dia guna gunakan aku. Bila aku dah jatuh kat dia macam ni lah dia buat aku. Sampai hati kau kan? Agaknya kau ingat aku ni takda perasaan sampai kau pijak pijak kepala aku sebab aku ni senyap ja, tak buat apa apa kat kau kan. Jangan cabar orang yang banyak bersabar.

Aku tak pernah ada sapa sapa lepas dia muncul. Aku nak jaga dia, nak jaga hubungan kami. Aku berubah sebab aku nak pergi jauh dengan dia. Aku dah taknak orang lain.. Aku tak pernah kisah dia macam mana. Aku terima baik buruk dia. Tapi bila kau ada keburukkan kau berubah lah kalau kau taknak jejaskan hubungan kau dengan orang yang kau sayang. Melainkan kau tak sayang orang tu memang kau takkan berubah. Dan sekarang aku tahu lah yang kau sebenarnya tak pernah sayangkan aku.. Sebab tu kau tak pernah cuba berubah. Kau tetap sama macam yang aku kenal selama ni. Aku ingat kau lain.. Menyesal aku. Now, tak perlu kau mengharap lagi.. Aku dah tak perlukan kau, aku dah tak percayakan kau dan yang paling penting aku dah taknak tengok muka kau depan aku lagi. Aku harap aku takkan jumpa manusia macam kau lagi. Kau pergi lah jauh jauh dari aku. Aku takkan terima kau dalam hidup aku lagi A.R.


terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)