assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

10 August 2014

he ♥

A.R

Aku biar otak aku fikir pasal dia .
Aku biar diri aku dekat dengan dia .
Aku biar jiwa aku rindu pada dia .
Aku biar hati aku sayang dia .
Betulkah apa yang aku lakukan ini ?

Ya , seorang lelaki yang hanya aku kenali kat fake twitter aku . Mula-2 aku just nak hilangkan bosan , then aku tanyalah ada sapa-2 nak jadi skandal aku tak ? Yela dah lama single lepas tu dah lama tak berscandal neh . Dulu masa sekolah rajin lah . Dia pun mention aku and meng-offer-kan diri dia . Ada jugak aku ambik orang lain jadi scandal aku masa tu . So dengan dia neh pun aku bersetuju . Pada mulanya biasalah , susah nak percayakan seseorang *dan last-2 aku terpedaya jugak* aku kurang lah melayan dia . Tapi tak lama lepas tu , aku cuba kenal lagi dengan dia , dia share story dengan aku , kami sembang macam-2 benda , kami tukar-2 gambar . Ya , lepas ja hantar gambar kat someone mesti aku rasa takut . Takut apa ? Takut tak lagi di layan selepas tu . Tapi tak .. Makin lama aku lebih rapat  dengan dia beberapa minggu sebelum dia pulang ke tanah air , and aku dah rasa selesa berbual dengannya di whatsapp tu .


Lepas dia pulang ke Malaysia dalam seminggu kami buat keputusan untuk berjumpa . Aku pun tak sangka 'scandal' aku ni Ipoh jugak . Just study ja jauh sangat . So kami pun berjumpa . Aku pun macam biasa lah "confirm-confirm lepas ni hilanglah mamat ni" tapi tak . Dia masih ada sehingga saat aku menaip entry ini . Hilang macam chipsmore pun tak . Setiap hari kami berhubung , ada masa kami berjumpa . So makin hari hidup aku makin berubah . Aku kurang layan scandal-2 lain , lelaki-2 lain . Aku mula sayang kat dia . Sebenarnya kami saling menyayangi satu sama lain . Hm , aku taknak lebih-2 yela setakat scandal ja . Tapi perasaan yang wujud neh bukan aku sorang ja yang rasa . Dia pun sama . Maknanya aku ni tak bertepuk sebelah tangan . Emm tapi aku tak tahu lah status tu dah bertukar atau belum . Even belum pun or takkan bertukar pun aku bersyukur kali ini ALLAH beri aku peluang untuk bahagia . Saat aku menaip ini juga , hubungan kami dah masuk 3 bulan 20 hari .


YA ALLAH , andainya dia datang untuk sementara peliharalah hati ini supaya tidak terlalu menyayangi dia . YA ALLAH , jika dia datang kerana akulah rusuk kirinya , maka peliharalah hati ini supaya menyayangi dia seorang . Berikan kami kekuatan untuk pelihara hubungan ini , jika dia bukan jodohku buangkan lah perasaan yang ada pada kami supaya kami tidak menyakiti satu sama lain dan menyeksa hati kami sendiri .

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)