assalamualaikum ! welcome and thankyou for visiting my online diary . hug and kisses from me to you , XOXO with love : chibby ♥

20 November 2014

Daripada Hawa untuk Adam : Keresahan .

Apabila sudah berpasangan/berkahwin kita semestinya akan melayan lelaki yang kita sayangi sebaik mungkin .
Menjaga hatinya supaya sikit pun tidak tercalar .
Melayan setiap kerenah manja dan mengadanya .
Mendengar setiap keluhan dan masalahnya tanpa jemu .
Menatap matanya serta wajahnya bila dia berbicara .
Menyentuh dan membelai dia dengan lembut .
Kita tahu setiap apa yang kita lakukan pasti Adam menyukainya kerana lelaki ini perlukan layanan sebegini . Tetapi pernahkah kita terfikir andainya suatu hari nanti apa yang kita lakukan pada Adam sikit pun tidak lagi dia endahkan ?
Tidak lagi melayan Hawa dengan mesra .
Tidak lagi mendengar gelak tawanya .
Tidak lagi mahu berkongsi masalahnya , menasihati/menegur kesalahan serta meluahkan rasa sayangnya pada kita .
Tidak lagi mahu memandang wajah wanita yang hadir untuk bersama/hidup dengannya tidak kira disaat susah senangnya , menepis tangan yang selalu membelai tubuh gagahnya tidak kira sakit sihatnya , yang mendakap lengannya untuk memujuk rajuk lelakinya , yang merengek manja sambil menarik2 tubuh badan Adam untuk di manjai pula .
Pada masa tu apa yang perlu Hawa lakukan ?
Dimanakah kesilapan kita ?
Apa masih kurangkah layanan dan kasih sayang kita pada Adam ?
Merajukkah Adam ?
Rasa terabaikah Adam ?
Bosankah Adam ?
Adakah kita tidak lagi ada dihatinya ?
Itulah yang paling ditakuti .
Sayang .. Jangan pernah berubah , maaf kerana aku tidak sempurna .
2 Sept 2014 - 5:34pm
edited | 20 Nov 2014 - 2:10am

terima kasih sebab baca - thank you for reading :) )

Daisypath Anniversary tickers
copyright@all reserved and done by WawwaChibby 2010-2017 :)